My Baby

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, August 10, 2009

MPH Di MICCOS 2009, MAEPS Serdang (berdekatan dengan hospital Serdang dan UPM)

MPH menyertai MICCOS 2009 di Booth 1006-1010, Hall D.
Pencinta buku yang datang melawat MICCOS di MAEPS Serdang boleh datang singgah di booth kami pada 13-16 Ogos 2009.

Apa itu MICCOS? (petikan di ambil dari http://www.miccos.com.my/?lang=my)

"Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi.
MICCOS 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan diadakan dari 13 - 16 Ogos 2009 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Dengan tema “Komoditi Adalah Satu Industri”, MICCOS 2009 akan mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu. Pameran ini akan disertai oleh para pengeluar, pengilang dan pengeksport utama, di samping Agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan promosi produk-produk tersebut."

Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana boleh ke pautan ini. http://www.miccos.com.my/?page=daily_programme

Bukan sahaja anda dapat melihat produk-produk terkini malah dapat menambah pengetahuan kepada diri dan keluarga anda. Namun begitu saya belum pernah menyertai acara seperti ini tetapi daripada senarai aktiviti yang dijadualkan membuatkan saya teringin hendak melihat sendiri... Yalah sampai bila kita asyik nak berekreasi di kompleks membeli belah sahaja. Bawa keluarga ke situpun ala-ala macam membeli belahkan?

Kita lihat nanti... saya akan komen minggu depan dari sudut pandang mata saya.

Friday, August 7, 2009

MPH: Penghabisan Stok


Mari semua ke Dataran Hamodal hari Rabu depan 12 Ogos - 16 Ogos 2009. Confirm stok best kalau pandai cari. Nak buku clearance start dari RM2 ada. Bukan sahaja buku bahasa inggeris malah buku bahasa melayu dan cina pun ada. Sesiapa nak buku alaf21, ada potongan sampai 20%. Seperti biasa buku baru-baru yang MPH import semua ada potongan sehingga 30%. Toys pun ada potongan sehingga 70% dan buku rujukan sekolah potongan sehingga 50%. Kali nie MPH nak try clearance stok untuk buku-buku dan majalah berbahasa cina. Jom datang dan tengok... Pasti puas hati.